Thursday 6 January 2011

Sapaan Cinta

masa tu malam,
aku balik dengan Cumi dalam keter dia,
yes aku mengaku.. aku tak mampu nak memiliki
keter lagi, dan cumi seorang gadis yang pandai
berjimat cermat, mampu membeli keter ditahun
ketiga ngan duit dia sendiri..
second hand ker,
bapak dia yang bayar ker tu aku tak tau.

malam tu kami gi makan mi, cumi boring katanya,
dia ajak aku kuar makan. abih makan tu.
dia hantarlah anak teruna ni balik ke rumah.
pathetic kan... nak wat camana.
then sebelum aku buleh naik ke apartment aku,
cumi ajak sembang. dia melalut entah kemana ntah,
dok citer pasal ayam lah itik lah...
then sampai satu point tu dia tanya sama ada aku suka kan Aya ke tidak?
(Aya adalah satu awek yang aku duk layan ketika tu)
Aku jawab lah, masih belum tetap,
yes aya tu memang comel lagi memikat hati,
tapi aya sukakan aku ker tak, tu aku tak tahu... gitu gitu.

Then cumi pun mula la cerita kat aku yang dia sukakan aku
dan mengharapkan aku menerima cinta dia dan memandang kan
aku masih belum declare ngan aya,
dia harapkan dia mendahului aya
dan lamaran nya boleh bermakna.

Sejenak aku terpikir jgak nak layan jer kejap,
hoping someday buleh break. tapi aku tak gamak.
Kena ngaku. cumi tu tembam tahap yang berlebihan sikit.
senang cakapnyer dia easily mengaku yg berat dia 80.
(Untuk wanita yang 167cm... berat tu beb)

aku terpikir jgak buleh jer aku goda dia buat stock geli geli...
tapi aku tak gamak.. pasal aku tak leh bayangkan diriku
membuat sesuatu yang senakal itu terhadap dia.
dia baik, dia peramah dalam sopan.

so aku tolak.
dengan baik nya aku tolak.
alasan aku konon nya aku masih mengharapkan cinta aya...
moga aya buleh terima aku dan perasaan terhadap cumi tak
pernah timbul. Dia terima dalam senyuman dan mata berkaca.
ohh

Punya la shallow. cetek sangat hati ini
hinga menolak cinta orang hanya kerana tubuh badan,
hanya kerana rupa. Tak pernah pun aku cuba pikirkan perasaan cumi.
Tapi dah hati aku pun tak tergerak.. nak wat camana kan?

kenapa citer ni consider citer gelap ku?
pasal kalau la kengkawan aku tahu..
mesti cumi jadi bahan tawa.
cumi terlalu baik untuk ditawakan.
mesti aku jadi bahan tawa,
sebab tak pergunakan cumi.

bilamana orang lain (Kwn kwn aku masa tu) surely tanpa pikir panjang
akan menggunakan cinta cumi tu untuk kepentingan diri. duit, nafsu,

humm humm

Tuesday 4 January 2011

Berjalan di dalam gelap

daughter of darkness sekalian,
seperti yang korang tahu, aku dah pernah berblog sebelum ini,
aku blog tentang cerita aku, cerita yang aku pikirkan,
tentang aku...
tp somehow along the way, blog itu sudah terang sangat.
n bila dah terang, aku tak leh nak memberi pendapat ikhlas ku
tanpa menyakitkan hati certain people.

kalau aku maki wedding dia tu,
kang si adik ni baca, dia sampaikan plak.. so tak leh lah..
tulih yang baik baik jer lah...

kan ker boring tu.

so untuk menggelapkan blog ni,
aku telah berusaha untuk membloghopping ke blog blog yg
tidak dikunjungi blog ku yang terang sana.
semua rakan disini akan jadi rakan baru.
rakan yang tak der connection ngan rakan dari blog ku yg terang sana.
susah nya...

susah nya nak gelap gelap nii...
kenapa nak gelap?
oh oh.. cerita cerita gelap nanti akan jadi laaaaaagi gelap.
gelap sampai aku yang menulis ni pun tak nampak keyboard.
oh gelapnya.