Thursday 30 December 2010

Public No More

sori sori sori untuk pembaca blog ini,
(Tak banyak sangat pon pembaca blog ni kan..)
aku telah mendiamkan diri setelah beberapa lama
ini hanya kerana satu sebab.
Comp ini telah dijadikan computer public oleh housemate ku.
Oleh itu untuk memastikan blog ini tidak di ketahui ramai
(Accidentally or intentionally)aku telah stop dari update.
banyak jgak cerita telah ku type kan kat comp ofis.tapi sayang..
tak leh nak citer kat orang.

so bermula tahun 2011 adalah tahun bermulanya kembali!!
sambungan untuk kisah gelap ku.

Gelap pasal kekadang bercanggah ngan idup berkomuniti
selaku seorang yang sopan santun menjaga tata tertib antara
lelaki perempuan.

gelap pasal kekadang cerita disini bercanggah ngan agama,
tak nak elaborate banyak sangat disini.

gelap pasal kekadang cerita disini bercanggah ngan undang undang.
so tak leh la nak citer kat kawan sebelah meja kan yang aku baru
jer langgar makcik naik beskal pagi tadi masa datang keja.

Gelap pasal... pasal disini ku tuliskan rahsia ku,
rahsia yang aku sendiri patut lupakan lama dulu.

Monday 8 March 2010

vivian

sabungan dari post terakhir

'kreeekkkk!!!'

tgh duk syok syok tu, aku dgr pintu terbukak. eh!!
ada orang ker!!? aku bingkas bangun, toslet aku off,
ngan senyapnya aku nyorok belakang locker,
ada budak masuk, dia pakai t shirt n suar pendek
nampak dek sillhouette nyer kat pintu.
'hello!? ada sapa sapa ker?'
aku tak jawab
'saya tak mau buat hal, kalau ada orang bg tau jer,
saya tak bagi tau gad. saya cuma nak pastikan bukan hantu, saya takut'
suara dia ada pelat sikit, bergetas sikit, macam nak nangis.
'saya tau awak ada sini, tolong la keluar, saya janji tak bagi tau cikgu atau gad haus'
dan dalam gelap tu aku keluar, nak melarikan diri.
aku nak sembur jer.. kang kena tangkap kang memang gagal lah kan..
aku trus halakan toslet ke muka dia. plap!! muka dia cerah trus.
dia cuba utk nak kaver ngan tangan tp toslet ku cerah lagi.
aku bajet dia tak nampak muka aku, cadangan nak serbu trus tak jadi,
kesian aku tgk muka dia yg separuh nangis tu, jam baru kul 2 pagi.
'engko vivian? baik ko ketepi, jangan ikut aku, jangan bagi tau gad haus,
kalau tak kat sini jgak nahas ko' aku mengugut dia, tp kat situ la silap aku,
kononnya nak tukar suara lah, tp apa lah sangat. dia cam trus. Bodoh!!
'GELAP? lap ko ke tu?' dia masih cuba nak tgk biarpun mata dia disilaui lampu toslet.

aku diam, alamak eh kantui lah plak. vivian ni budak junior,
dia satu kelab ngan aku, kelap chess
(bukan la kelab chess kan, takkan aku nak bagi korang tau betul betul kot!!)
dia budak sabah, aku patutnya dah agak dah,
kalau budak sabah mesti la balik ngan different schedule sikit kan.
isu flight masa cuti skolah pun ada jgak kot. dia budak baik,
jenis yg tak layan sapa sapa sangat tu, nobody important,
vote dia pun orang tak kisah sngat. dia cuma budak yg wujud,
tp orang tak kisah sangat.

'lap, teman la aku malam ni, aku takut.. macam macam sangat bunyi
yg aku dgr malm ni, tak per.. aku tak bg tau kat cikgu yg ko masuk
mlm ni, aku janji, lap ko duk la ngan aku mlm ni.. teman aku please!!'
suara dia macam dah ada harapan sikit, macam dia dah recover dari
nangis dia.
dan satu lagi tindakan bodoh aku...

'vivian, yer la ni memang aku Lap, malu la aku ko nampak aku dlm keadaan ni,
ko jgn bagi tau orang yer.' malunyaaaa!! dlm tangan aku segenggam panties
budak dok ada... nak sorok mana?
'tak per, kita sepah kan sikit area ni, kita salahkan budak luar pecah
masuk masa cuti.'jawab vivian berkomplot.
dan kami pun gi pecahkan sikit lg locker orang lain mencari makanan,
vivian jadi tour guide jap utk aku, ni locker si anu, ni locker si anu,
n yg mana ada makanan kami sapu bersih heheheh,
terasa besh.. ada kawan nak berkomplot dari berlainan jantina.

ada certain drawer dia tak bagi bukak, maybe best friend dia kot,
locker kawan ni tak buleh, locker kawan tu tak buleh. gitu gitu..
dia budak yg baik.
dia nakal tp dia tak nak susah kan kawan dia.

keja kami abis ngan memecah kan locker vivian sendiri,
tak nak bagi syak katanya.dah pun pukul 3, n kami lepak bilik vivian,
masa masuk bilik dia tu, selamba rock nyer dia gi bukak lampu...
loh!! ada lektrik la plak!!? kalau camtu td masa aku duk suluh toslet
kat muka vivian td, buleh jer dia kantulkan aku. tp maybe dia nak kan teman...
dia tak nak bagi aku lari trus kot. ker simply dia pun panic.. heheh aku tak tau.
n kitorang lepak sampai pagi, sambil makan biskut.
off kan balik lampu of course,
kang gad haus tertanya tanya plakkenapa lampu cerah, kot dibuatnya
dia mai check, kantul aku duk sembang baek punya ngan vivian kat
tetengan dorm.

so gitu lah citer gelap ku, gelap pasal aku malu nak citer ngan orang
disekeliling ku yg aku ni satu tika dulu penggila panties.
kantui plak ngan budak plak tu, so not cool.
berintimate ngan budak sabah yg tak cool tu plak,
lagi lagi la tak cool.
but that is another story. gelap lagi niiii..

Thursday 4 March 2010

Malam itu

sambungan dari last post ...
sakit mata

so malam tu aku makan nasi ngan lauk ayam wit kacang panjang.
Pak gad belanja, makan la kejap ngan depa, dah tu diorang
blikan nasik, takkan la aku nak kurang hajo amik n gi makan
dlm gelap kot kan, stay la ngan diorang lama sikit, pas tu
aku mintak la diri lebih kurang, diorang kabo la kater gi tido
cecepat, besok ko buleh balik ngan pengangkutan awam yg ada
duk lalu sesekali kat dpan skolah kami.

So aku bejalan la balik dari gad haus tu, ngan toslet setia ku tu lah,
harap harap nyer tak der la abih batteri plak kang.
memandangkan blok kediaman putera belakang shikit, blok puteri dpan..
aku terpaksa pusing jauh utk nak sampai blok aku, since tak der orang..
apa salahnya kan? bukan nyer ada orang pun..
so aku lalu lah dlm blok puteri tu,
peh semak nyer diorang nyer ampaian,
sotong basah ngan kering suma ada ,
yg dah lama tak teramik pun ada.. alahaaiii...
skali aku tgk kunci pintu grill yang selama ini
mengasingkan kami putera ngan puteri nan indah,
tak berkunci!! oh oh!! otak nakal ku mula berkerja :D yey!!

malam, pukul 12 malam jgak, aku dah tido dah sikit td.
Sebab gelap punya pasal, aku tertido lah nyenyak sangat tido :D
salah kan kegelapan.

aku bangun n pakai baju yg paling gelap yg aku ada,
aku bawak toslet setia ku itu n gi ke blok puteri,
nak buat apa? entah? nak gi tgk jer la kot pameran pameran.
masa tu otak masih lagi muda, bukan nyer apa sangat pun bila
dipikirkan balik tp syok punyer pasal aku gi jgak memalam nan gelap tu,

Masuk dlm blik puteri puteri tu aku mencari gambar.
Ngan harapan ada gambar gambar free hair diorang.
kot kot ada gambar seksi diorang. laci yg berkunci,
aku pick jgak... banyak jgak hasil.
toslet tu memang berfungsi dgn baik nyer,
tp jangan halakan ke tingkap luar, kang gad nampak.
minimum usage. takut dia perasan.

otak muda lagi budak budak, panties bebudak pompuan pun
bleh bagi aku happy, aku kumpulkan sesetengah darinya.
aku amik wat koleksi. nak bangga ngan orang pun ada.
nak bagi kat orang pun ada .. since ciput (Kawan aku)
tu bekenan sgt kat adilah ni, so aku gi kat bilik adilah
tu n bukak kunci dia, somehow dia double lock locker dia.
aku tuilkanjgak. dpt la baju yg belum berbasuh,
panties pg tadi, air kotak dan biskut mayat.
peh syorga woo.. tgk gambo seksi
(masa tu setakat pakai t shirt ketat n free hari dah ku kira seksi lah)
sambil minum air kotak orang .. wahahah!!
tak dilupakan ngan pakaian dalam bebudak batch aku tuh,
aku rasa abih besh dah masa tu.


tgh duk syok tu.. tetiba...
'kreeekkkk!!!'

Bersambung...




PS: gelap cerita ni kerana... aku malu ngan benda kecik yg buleh
menghappykan aku dulu. suar kecik pun aku happy... sakit nya aku nih..
oh!!

Friday 26 February 2010

Sakit Mata

aku dulu pernah sakit mata,
tapi setakat sakit mata tu tak der la gelap sangat cerita tu kan?
umph.. btul tu...aku dulu sekolah kat satu skolah asrama penuh ni,
skolah yang aku tak la buleh balik ngan satu henjutan motosikal
ataupun keter, kna tiga henjut jgak la kot. gitu gitu..
then masa aku kat skolah tu,
aku tak la pandai sangat..
so aku kena la pi satu kem budak budak bodoh nii...
kem budak bodoh ni adalah untuk mereka yg tak dapat markah yg bagus bagus,
malu kan... so kat sini dah mula dah la citer gelap ku....

gi la aku hari sabtu tu, kem tu dibuat masa cuti skolah dua minggu,
kem tu patutnya abih lima hari jer... so aku patutnya bleh sampai
la umah kamis gitu kot kan...

naik bas.. turun bas.. gi berkenalan..
tgh tgh nak ngorat sorang awek tu,
(Awek yang bodoh jgak la kot kan, pasal kan ker aku masuk kem budak budak bodoh?)
dia tegur kater mata aku merah?
slamba rock nyer aku jawab la 'sayer bela hantu raya'..
tp dia tak percaya.. dia pi bagi tau cikgu,
so disitu aku terpaksa dihadapkan ke cikgu bertugas dan pepetang tu
jgak la diorang decide nak antar aku balik... kata mereka,
tak buleh bagi aku bergaul ngan budak budak bodoh yg lain..
takut merah mata hitamku tu merebak kata mereka...
eleh, budak budak bodoh jgak pon.
diorang tu bukan nyer tunggak negara pun kan,
bior la diorang sakit mata pun...
tp bagi cikgu tu tak.

so setelah pikio punya pikio, kata akhir mereka adalah untuk menghantar
aku pulang ke asrama aku, yang dah cuti tu, yang suma orang dah balik tu,
aku nak buat apa balik situ? mana ader orang? mana ader makanan!!?
aku nak kawan ngan saper? antu? pak gad? waahhhh!!!!

tp diorang tu memang kejam, diorang hantar jgak..
so ngan blurnyer aku sampai balik ke block penginapan kat skolah aku tu,
kul 7 masa tu, pak gad ada la bagi kata harapan..
'boring boring kang mai la gad haus, kul 8 kami pi bli dinner'
oh!! ada la dinner...

kawan?
'tarak orang dah, suma dah balik.. warden pun dah balik..
kita bertiga saja la nyawa yang hidup dalam 2 km persegi nih ..'

waaahhh!!!

aku sampai kat block penginapan ku, duk lepak jer kat situ,
lektrik dah kena potong, cuma lektrik dari toslet kawan aku
saja yg buleh harap.. oh sikit lagi terasa macam filem pitch black
yang vin diesel blakon tu yang makhluk tu akan makan kalau lampu
tak der..takooottt!!


bersambung...

Tuesday 23 February 2010

TheSecret

peh susah beno nak jadi gelap nih,

First terasa macam nak gi jer kat semua kawan kawan yang dah biasa gi,
rasa macam nak gi dan kata 'hi! saya dah buat blog baru, meh la meh:D'

tp tak jadi gelap lah kan, pasal dalam kengkawan blogger yg dulu tu,
ramai sangat kengkawan yang juga mengenali diri ini dalam real life.
yang pernah berjumpa..
yang memang adik beradik..
adik ipo pun ader..
dah tu tak jadi la gelap kan...

tapi tak per, akan aku gelapkan dan gelapkan lagi diri ini,
pasal nak gelap ni jer kan.. aku terpaksa gi Cybercafe nak
update... supaya tiada perasaan biasa duk blogging kat umah.
takut kang orang buleh kesan IP heheh:)
desperate kan? iyer la.. ater camner lagi la nak aku
citerkan semua citer gelap ku?

dan bersaksilah..
gelaaaaapppp sangat ceghiter ceghiter yang akan ku ceghiter
tu nanti...

so blog ni mungkin jgak tak jadi panjang sangat..
pasal banyak mana sangat la ceghiter yang buleh seorang
hamba ini nak nulih kan?

tapi tak per.. pasal ceghiter gelap ni dah mula menggigit
sangkar rangka ini, nak keluar!! nak keluar!! nak keluar!!
kater demer..

so walaupun lambat update, sesekali lelaki gelap ni update..
sila lah baca yer.. n komen :D
moga jadi teladan atau sempadan,
atau simply jadi hiburan...
biar lelaki mahupun perempuan,
alim pun ok,lagi lagi la setan,
lagipun ceghiternyer pasal kegelapan,
penyesalan dan kebanggaan,

Friday 19 February 2010

Posto pertama

loh!!
duk tak duk buat blog baru, tapi blog ni takkan ku
masukkan nama penuh ku cam blog lama...
blog ni untuk cerita cerita yang hanya buleh
diceritakan dalam gelap jer,
bila dua insan bersama..
saling tumpah menumpah kan cerita.

cerita dalam gelap

so dalam cerita ini, aku ceritakan semua details.
setakat yang aku ingat, setulus dan seikhlas yang mungkin.
jangan marah, disini saja yg buleh ku ikhlaskan diri pon.
macam la korang ikhlas sangat pon.

kalau lah blog ini menjadi hit...
amat lah rugi diri ini, kerana tak dapat wit nuffnang hahahah